Zaidi & Nani

Kembara Pasangan Bercinta ...

Tentang Kami

Mula bertemu di ruangan maya pada tahun 2005 dan akhirnya mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada tahun 2010. Seorang mengelilingi dunia manakala seorang lagi berpijak dibumi nyata. Punya pesonaliti Api & Air , saling melengkapi antara satu sama lain. Kini punya minat yang sama, membina masa depan yang lebih bahagia. Insyaallah, semoga penyatuan dua hati ini diredhai Allah. Amin.

Kenapa Blogging

Coretan perkembangan kami sebagai pasangan bermula ketika kami membuat keputusan untuk mendirikan berumahtangga pada tahun 2010. Cuma ingin berkongsi pengalaman suka dan duka dari perancangan awal perkahwinan , segala persiapan sehinggalah hari pernikahan dan akhirnya menjalani kehidupan sebagai suami isteri. Insyallah.

SELEPAS SEBULAN ....

Tanggal 10 Oktober 2010 kami selamat di ijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri, semoga berkekalan hingga ke syurga hendaknya. Esok (10/11/2010) genap sebulan usia perkahwinan kami. Bagaimana sebulan ini ada yang bertanya. Biasa sahaja cuma penat memunggah barang , masih banyak barang yang belum bersusun rapi, masih banyak yang perlu dipilih samaada untuk disimpan, dibuang dan disedekahkan.

Ketika ini kami tinggal sementara di rumah kami di Bangi, asalnya rumah ini disewakan pada penyewa, memandangkan kami memiliki lebih 10 buah rumah sewa, maka kami membuat keputusan berdasarkan faktor kemudahan kerana memandangkan kami belum membuat keputusan dimana kami akan tinggal tetap untuk jangka waktu yang lama, maka kami mengambil keputusan untuk tinggal sementara di Bandar Seri Putra buat ketika ini. Perjalanan ke temoat kerja Nani di Jalan Tun Razak mengambil masa lebih kurang 1 jam, itupun jika keluar rumah sebelum jam 7 pagi.

Apa perancangan selepas berkahwin , bagi saya mudah sahaja, kurangkan hutang dan tambah harta. Tapi oleh kerana kami telah bekeluarga dan tiada lagi "Saya" atau "Dia" yang ada hanyalah "Kami" maka skop perangcangan menjadi lebih besar dan bukan hanya pada "Saya" dan "Dia" sahaja.

Perkara Pertama atau Prioriti utama adalah menguruskan masa, waktu atau jadual kami berdua, dari masa ke tempat kerja, kerja-kerja rumah , mengurus perniagaan, pelaburan, kerjaya dan sebagainya. Maka mengurus waktu adalah yang paling utama bagi kami.

Perkara yang kedua adalah pengurusan harta dan kewangan, maklumlah , dulu hanya ada harta kau dan aku, kini ianya menjadi harta kita. Penama , wasiat, perindungan insurance, perlindungan kesihatan dan macam-macam lagi perkara berkaitan harta yang perlu diselesaikan , lebih lama ditangguh lebih kusut jadinya, begitu juga dengan perancangan kewangan, ianya bukan lagi kewangan kau atau aku , ianya menjadi perancangan kewangan kita. Biarpun perkara ini telah dibincangkan sebelum kami berumahtangga namun dalam banyak hal, ianya hanya boleh diimplementasikan apabila kami sah menjadi suami isteri.

Perkara ketiga ialah perancangan keluarga , bila masa yang sesuai untuk menambah ahli keluarga, rezeki datang dari Allah, namun kita manusia yang berusaha, dalam setiap usaha perlu ada perancangan supaya ianya tidak menyusahkan bukan sahaja kami malah orang lain kelak terutama anak yang bakal lahir kerana kami mahukan yang terbaik buat mereka.

Bagi yang terlalu menyibuk nak tahu pasal perkembangan perkahwinan kami, saya katakan, biarkan kami merancang keluarga kami sendiri, anda sebagai penonton, duduk diam-diam tepi padang dan pandang sahaja, tidak perlu masuk campur dan tidak perlu bersusah payah untuk cuba mengatur kehidupan kami, anda punya keluarga sendiri maka adalah lebih baik jika anda fokus pada keluarga anda sendiri. Jadi tidak perlulah untuk bertanya bila nak pergi "honeymoon", bila nak dapat anak , bila itu dan ini kerana ianya bukan urusan anda.

Bagi yang tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan kami, disebelah kanan blog ini ada dimuat naik slideshow photo majlis yang diadakan di Kuala Pilah, Ianya merupakan versin "unedited" dan ada banyak lagi photo yang belum di muat naik ke blog ini. Insyallah, jika punya kelapangan, kami akan memperbarui blog ini dari masa ke semasa kelak.